Friday 27 April 2012

Hatiku tercalar lagi....

Betul kata orang..kalau menyintai manusia jangan 100%.....nanti bila kau disakiti........rasa pedih sangat.....
Hanya cinta Allah saja yang kekal...

Yer aku menangis..bukan beerti aku tewas, kalah dan lemah..........kau belum tengok lagi apa akan aku buat kalau hati aku benar-benar sakit...........(sorry bukan ilmu jahat yer..........aku tak kuaser nak mensyirikkan Allah)........

So beware...and watch out.....!

To whom it may concern..(kalau dia bacalah blog niey...confirm tak..bukan blog aku neyh famous pown)....jangan nak main dengan api ye..........ko ingat ko bagus sangat...

Sorry teremosi hari Jumaat neyh....


Kasih Bapa....

Dipetik dari my Paktam blog....dia pun amek citer neyh dari owang lain...memang tersentuh setelah membaca....
Layan...


Jujur dan ikhlas, selama ini, aku tidak pernah ambil tahu apakah yang berada di dalam dompet ayahku. Sejujurnya juga, aku hanya beranggapan di dalam dompet ayahku hanyalah mengandungi beberapa keping wang kertas yang tak seberapa, hasil pemberian anak-anaknya dan dokumen paling penting miliknya, iaitu kad pengenalan.

Malah, ketika aku meminta ICnya untuk difotostat untuk tujuan tertentu( juga ketika ayahku menyerahkan ICnya kepadaku kerana sebab tertentu) ayah tidak pernah mengizinkan aku mengambil IC tersebut dari dompetnya, malah dia sendiri yang bersusah payah mengambil ICnya untuk diserahkan kepadaku.

Aku ingat lagi,beberapa peristiwa sekitar November dan Disember 2011, termasuklah ketika ayah menyuruhku membelikannya ubat-ubat yang dia perlukan di klinik berhampiran. Ketika itu kudrat ayahku kian susut, namun dia tetap berkeras dan bertegas untuk mengambil sendiri IC di dalam dompetnya untuk diserahkan kepadaku.

Benar-benar menjadi teka-teki?

Teka-teki itu terjawab selepas peristiwa 13 Disember 2011. Ketika aku dan abangku membawanya ke Hospital Universiti Sains Malaysia(HUSM)Kubang Kerian. Tika itu ayah menyerahkan dompetnya kepada kakakku,sementara ICnya untuk urusan pendaftaran di HUSM diserahkan kepada abangku. Sebaik sahaja sampai ke HUSM, ayahku langsung ke bahagian kecemasan. Sebaik sahaja dibaringkan oleh doktor, ayah langsung tidak sedar/koma. Jantungnya terhenti selama 10 minit dan hampir 10 hari ayah koma.

Beberapa hari sesudah peristiwa 13 Disember 2011, aku membuka dompet ayahku untuk mengetahui ada apa dengan dompetnya(sebenarnya aku bersemangat untuk menyelongkar dompetnya setelah adikku memberitahu isi kandungannya- adikku terlebih dahulu yang menyelongkar dompet tersebut). Dompet itu sebenarnya pemberian adik bongsuku kepadanya beberapa tahun yang lalu.

Tahukah kalian, apa yang ada di dalam dompetnya?


·         Beberapa helai kertas yang lusuh, yang mengandungi tarikh lahir setiap anaknya(seramai lapan orang). Dicatat dengan lengkap setiap tarikh lahir tersebut dalam Kalendar Masehi dan juga Hijrah. Di catat juga detik anak-anaknya dilahirkan(jam dan minit).


·         Terdapat gambar ukuran kad pengenalan setiap anak-anaknya. Gambar tersebut merupakan gambar anak-anaknya yang dirakam ketika pertama kali membuat permohonan Kad Pengenalan. Atau lebih tepat lagi, gambar anak-anaknya ketika berusia 12 tahun( umur pertama kali memohon kad pengenalan). Abang sulungku dilahirkan pada tahun 1964, ini bermakna sudah 36 tahun gambar ukuran kad pengenalan abang sulungku itu disimpan rapi oleh ayahku. Begitu jugalah dengan gambar-gambar adik-beradikku yang lain.

Sebak dadaku ketika teka teki itu terjawab. Jujur, aku menangis setelah mengetahui perkara itu dan setiap kali aku mengenang kembali isi kandungan dompetnya, air mataku akan mencurah, walaupun sekudrat yang mampu aku cuba menghalang.

Ayah! Maafkanlah aku kerana tidak pernah tahu kehebatan kasih sayangmu terhadapku dan anak-anakmu

Tuhan! Ampunilah ampunilah segala dosa dan kesalahan ayahku. Dan,kau jadikanlah kuburnya sebagai sebahagian daripada taman-taman syurga.

13 Disember 2011, ayahku meninggalkan rumah untuk ke hospital bagi mendapatkan rawatan yang lebih baik dan 25 Mac 2012, ayahku meninggalkan hospital dan pulang ke rumah,tapi sebagai jenazah.

Tuesday 24 April 2012

Hari yang sibuk....

Banyak keje pullleekkk ari neyh..........ditambah pulak ngan spec yang tak direcognise membuatkan keje kitorang jadi tak smooth.......sabo jelah.....naseb bek aku dah tapau kari siap2 pagi tadi sebab memang rasanya tak sempat nak lunch beria bagai.......

Buat Lel, Azah & Mr Z...korang jangan gelak kat haku ek..........takpe...takpe.....aku sabo je dulu ek....huhuhuhu...nak nangis neyh..bos buat tak faham jerk neyh......

uuwwwaaaa......

Monday 23 April 2012

Wadai Kepeng...


Ha korang tau tak apa nama makanan neyh?...Makanan ni popular dulu2 kalau buat khenduri khendara (aroh) ......ala2 desert gitieuw.... Nama dia wadai kepeng huhuhu..ni makanan orang banjar ek kengkawan.......tapi kekdahnyer ala2  puteri mandi gitu.....Cuma kuahnyer letak gula Melaka@merah jerk.......and tepung pulutyer tu tak letak kaler2......tapi yang bestnyer tepung pulut tu setelah di buat bulat2 kecil...kemudian kena di tekan ditengahnya......then kuahnya letak gula merah and santan....macam biasa...kalau nak sedap lagi letaklah sagu.......kalau time musim2 durian tu letaklah durian....memang power.........tapi kepada pengidap diabetes kena makan sikit2 jer sebab makanan ni manis sikit tp kalau aku yang buat memang kurangkan manis tu...sebab aku pun tak suka manis....
Semalam di umah my Pakcik ada buat khenduri arwah Tok so....ada buat wadai kepeng nie......kalau makan panas2..pergh..best giler..nyaman leh......

Nilah dia wadai kepeng.....
Sebelum acara malam.....lepak2 dulu
tengah makan wadai kepang b4 aroh with my cousins

Pa's birthday.....


On Last Friday my hubby is 40th...wow.......kena be carefull man...because man life begin at 40 hahahaa......so we decide nak celebrate among us only...budget beb...saper suruh lahir time tengah bulan.....cer tengok macam aku lahir awal bulan hahaaaa....so my hubby ask my opinion...so aku suggest nak g Sri Melaka jerk.....dah lama tak pergi tapi dia cakap baru jerk his contractor belanja at Sri Melaka so my husband suggest Nelayan....memandangkan dia yang nak membayar so aku okey jerk hahahaha...First pick up my sulong at her hostel...sian beb takkan nak tinggalkan dia kan...then baru pergi kat Titiwangsa sana......arrived sana pown dah dekat pukul 9.00 pm...naseb bek ada meja gitu.......Actually dah lama jugak tak makan kat Nelayan neyh....sama gak macam dulu makanan dia.....steamboat dia....tapi harga jerk increase sket hahaa......tapi tak kisahlah kan....nak makan sekali sekala huhuhu..
To my hubby..Happy Birthday....semoga murah rezeki......dan sayang kat aku selalu okeh..

Me & Pa....

Wednesday 18 April 2012

Kisah si penggunting rambut......

Dipetik dari my Paktam blog....izinkan share yer....


Pada suatu petang, seorang lelaki datang ke kedai gunting rambut untuk memendekkan rambutnya yang agak panjang dan tidak terurus. Seperti biasa, si penggunting rambut menyambut pelanggannya dengan mesra dan mempersilakannya duduk.
Sedang si penggunting rambut melakukan kerjanya, mulutnya tidak berhenti bercerita. Macam-macam dibualkan menyentuh isu semasa dan kehidupan harian. Tiba-tiba si penggunting rambut itu bertanya suatu soalan yang agak berat.
“Tuhan ni wujud ke?” tanya si penggunting rambut.
Lelaki tersebut terkejut dengan soalan tersebut. Belum pun sempat nak menjawab, si penggunting rambut menyambung percakapannya.
“Kalau Tuhan wujud kenapa dunia ni huru-hara, manusia saling berperang dan benci sesama manusia? Tuan tengoklah berita, di sana berperang di sini berperang. Asyik bergaduh sahaja di mana-mana…” adu si penggunting rambut.
“Lihat di negara kita, sana sini buang bayi. Kes bunuh pun selalu keluar di akhbar. Masalah sosial lagi. Rasuah lagi. Teruklah!” sambungnya lagi menyatakan kekesalan.
“Tuhan tu ada.” Jawab si lelaki itu singkat. Risau melihat semangat si penggunting rambut itu dengan gunting tajam di tangannya.
“Kalau betul Tuhan ada, kenapa DIA tak selesaikan semua masalah tu? Dan buat semuanya jadi aman sahaja? Kan senang!” ujar si penggunting rambut yang umurnya 40-an itu.
Selepas beberapa minit berlalu, sesi guntingan rambut pun selesai. Selesai membayar, si lelaki mengajak si tukang gunting melihat ke luar tingkap.
“Encik lihat tak lelaki-lelaki remaja di sana? Dan pakcik tua di seberang jalan tu yang sedang duduk tu?” tanya lelaki itu.
“Ya, saya nampak. Kenapa?” si penggunting rambut bertanya kembali.
“Lelaki remaja tu rambutnya panjang, nampak tak senonoh kan? Dan pakcik tua tu pula misainya tak terurus nampaknya. Setuju tak?” Lelaki itu meminta pandangan.
“Ya, betul. Saya setuju.” si penggunting rambut mengiyakan sambil mengangguk.
“Mereka jadi macam tu sebab tukang gunting rambut tiada kah?” tiba-tiba lelaki itu mengajukan soalan ‘istimewa’ kepada si penggunting rambut.
“Eh, tak. Bukan sebab tu. Ni saya ada ni.” Si penggunting rambut menafikan.
“Habis tu kenapa lelaki-lelaki remaja itu berambut panjang dan pakcik tua itu tidak tersusun misainya?” lelaki tersebut bertanya kembali.
“Tu sebab mereka tak datang jumpa saya. Kalau mereka datang jumpa saya tentu saya akan potong rambut remaja lelaki tu bagi elok. Dan pakcik tua tu pula saya akan trim misainya bagi kemas.” jawab si penggunting rambut.
“Ya, itulah jawapan kepada persoalan encik semasa encik memotong rambut saya tadi. Tuhan itu ada. Tidaklah bermakna berlakunya peperangan, pertelingkahan, jenayah, gejala sosial, rasuah di kalangan manusia itu adalah kerana Tuhan tidak ada. Masalah ini semua timbul kerana mereka semua tidak mahu ‘berjumpa’ dengan Tuhan.” kata lelaki itu.
Si penggunting rambut mendengar dengan teliti sambil mengerutkan dahinya. Berfikir agaknya.
“Mereka yang abaikan suruhan dan perintah Tuhan. Tuhan malah telah memberikan pedoman melalui RasulNYA dan juga melalui kitabNYA iaitu al-Quran. Malangnya, manusia memilih cara mereka sendiri. Mereka menjauhkan diri dari ALLAH. Jika manusia mendekatkan diri dengan ALLAH, tentulah keadaan manusia lebih baik dan sejahtera. Lebih kurang macam sayalah sekarang ni. Lebih handsome dari lelaki-lelaki remaja dan pakcik tua tu sebab saya jumpa encik untuk dirapikan rambut saya, hehe…”
“Betul jugak. Kenapa Tuan tak jelaskan pada saya semasa potong rambut tadi” Si penggunting rambut mengangguk setuju sambil bertanya.
“Oh bukan apa. Saya risau dengan gunting di tangan encik tu. Dibuatnya encik marah nanti, tak pasal-pasal saya kena nanti…hehe. Tapi, alhamdulillah encik tak marah, malah dapat menerima penjelasan saya” Jelas lelaki tersebut sambil ketawa kecil. Si penggunting rambut itu turut tertawa juga.

Tuesday 17 April 2012

My Kudapan....


Ha….for my pregnancy neyh kenalah ubah cara pemakanan…….mana boleh tibai jerk……kena fikirkan baby yang kat dalam tuh……….khasiatnya…..heheee..baru2 neyh amek darah nak check hemoglobin, nurse ckp haku punya bawah 11….so nurse suruh tambah zat besi hehehhehe contoh terbaik kena amek kerang….jambu batu (ni mmg tetiap hari bekerja lepas makan memang beli jambu okeh hehehhe) dsb….

So memang buah2an kena ganti my kudap-kudapan……tapi aternyer kalu beli anggur tuh tahan sehari jerk okeh….satu family makan boley? Heeheehhee…..so memang haku beli anggur…delima memang susah nak jumpa tapi kalau nak dapat ada kat Jalan TAR or kedai Pak Aji kat BTR……kismis pown aku amek gak…..madu pown….tp madu tu agak culas sedikit sebab manis tak tahan heeehee ….agak malas nak campur ngan air bagai sebab tulah kadang2 terlupa untuk makan…….Kurma pun makan gak…..ni pown agak manis tapi aku prefer yang kering daripada yang basah tu hehheehhee…

Yang ni memang aku pantang sikit…susu…memang ada beli pown…still ada kat balang heehhehe tak boleh masuk…tapi yang herannya kalau air kotak coklat ker boleh je aku bantai….tapi namanya maternity punya susu fobialah pulak…so jalan terbaik kena beli pil sumplement calsium huhuhuhu……

Ada akak kedai jual baju aka kak Lina  cakap ngan aku kalau nak babynyer putih amek air kelapa….heehee air kelapa memang pantangku…pantang jumpa da…..so memang selalu amek air kelapa….tapi rasanya kalau dah makpak putih takkanlah baby nak jadi hitam manis kot…..tapi kalau mak putih + pak kureng putih camner?(haku ler tu….) Anyway aku tak kisah pown bab hitam putih tuh…janji baby sihat dan sempurna alhamdulillah kan..kan…kan…Amin….