Saturday 22 December 2012

My new environment...

New lagik...ish3x....bak kata my fren....ko neyh kerja mencari kerja hehehee..nak buat camana...dh rezeki tertulis macam tu....Yes....this is again..my new work...tukar kerja lagik......sampai my fren jumpa mesti tanya ko keje tempat lama ker..or dah 2 3 kali tukar kerja heheee.....

As usual.....aku cepat absorb dgn environment baru....umo dah tua tp still boleh chill dgn owang muda ahaks......ni kengkawan baru kat tpt baru..Hopefully everything gonna be ok.....

Waktu ni tgh decoration FO dengan Christmas theme.....buat sendiri wei..hehhehee

Jumpa kengkawan lama...terasa muda..eeuuwww

Alkisah...dalam dunia siber neyh..nak beli baju kerw..aper kerw..main tekan jerk kan... kawan aku neyh ada meniaga sket....online so aku ada beli barang kat dier..itulah kisah nya bila nak jumpa nak bg barang..so buat reunion panggil kengkawan yang lain.....so tptnyer kat Suzie Corner....Ampang....

Kengkawan yang dh berbelas tahun tak jumpa....kengkawan Heritage....dari yang lom kawen sampai dah beranak tiga...bukan lost contact ..kitorang still contact...FB ..whatssapp bagai..tp nak berjumpa sume bizi..kalau tak dek kerana barang...tak jumpalah...

Jumpalah kitorang ni yang mak2..ni..dah tak hiraukan org keliling dah...Alasan dah kawen dowh...takyah control bagai...punyalah bising ketawa bagai nak rak..maklumlah dah lama tak jumpa....tapi si mak yang sorang ni taklehlah nak tinggalkan baby dier lelama...yang lain ume anak dah besar...aku sorang jerk yang beranak kecik...

So....hopefully ini bukan yang terakhir jumpa....ada masa nak jumpa lagi ngan ex-heritage.....sayang korang....

Reen, Zuliyana , Zuriana and me....

End Of the year...

Dah lama tak menulis......ada baby katernyer sibuk....

Neyh alasan aku...

a) Ada baby
b) Sibuk keje baru...

Huhuhu.......dah end of the year......banyak yang nak citer tapi bizi ya amat....aku dah start keje baru...Alhamdulillah so far okeh...... My baby pown okeh jerk.......My life.....walaupun ada onak duri here and there..but we still together.....Love forever..Amin.......

My cayang buchuukk..Iman
Nanti ada masa aku update.....bye..sayang korang....

Friday 5 October 2012

Dapat ker aku jadi isteri macam ni....

Dipetik dari blog my paktam.....
Sedih ooo..menitik jgk air mataku ....



Seorang isteri menangis2 nak mandikan jenazah suami dia.. bapa mertua dgn polis forensik x bagi.. sambil menangis isteri berkata ini janji kami suami isteri.. jika abang mati dulu kamu (isteri) mandikanlah jenazah abang, Andai kamu (isteri) mati dulu dari abang, abang akan mandikan jenazah kamu..

Dari luar bilik mayat hospital seorang ustaz masuk tanye ape hal then ustaz tu kate x pe kalau isteri nak mandikan jenazah suami.. ustaz tadi bersama beberapa org lagi temankan si isteri mandikan jenazah suaminya..

Dengan tenang isteri membasuh muka suaminya sambil berdoa,

"Inilah wajah suami yang ku sayang tetapi Allah lebih sayangkan abang.. Moga Allah ampunkan dosa abang dan satukan kita di akhirat nanti.."

Membasuh tangan jenazah suami sambil berkata "Tangan inilah yang mencari rezeki yang halal untuk kami, masuk ke mulut kami. moga Allah beri pahala untuk mu suami ku.."

Membasuh tubuh jenazah suami smbil berkata "tubuh inilah yg memberi pelukan kasih syg pd ku dan ank2,moga Allah beri pahala berganda untukmu wahai suamiku"

Membasuh kaki jenazah suami smbil berkata "dgn kaki ini abang keluar mencari rezki utk kami, berjalan dan berdiri sepanjang hari semata2 untuk mencari sesuap nasi ,terima kasih abang...moga Allah beri kau kenikmatan hidup d akhirat dan pahala yg berlipat kali gandanya"

Selesai memandikan jenazah suaminya, si isteri mengucup sayu suaminya dan berkata "terima ksih abang kerana aku bahagia sepanjang mnjadi isterimu dan terlalu bahagia dan terima kasih kerna meninggalkan aku bersama permata hatimu yg persis dirimu dan aku sbg seorang isteri redha akan pemergianmu kerana kasih syg Allah pd mu."

Ya Allah..menitis airmata membaca cerita ni..
Betapa sucinya hati seorang isteri pada suaminya..

Friday 17 August 2012

Dialog Atok Dan Cucu

Tok : Hasya...tok dah belikan Hasya baju..
Hasya : Best..Best....tok beli kaler aper (wah! so demand)
Tok : Warna pinklah....
Hasya : Kalau macam tu Hasya kena beli tudung warna pinklah....(berfikir camana nak bodek mak pak)

Huhuhu....

Itulah mak aku..tak lupa dekat cucu-cucunya..Even si kecik Iman pun dia dah belikan baju (2 pasang lagik aaiiyook)....

Mak...dekat cucu aje ker?..Kat anak takde?...hehehe Eh ko tu kalau mak beli nanti tanak pakai pulak....berangan Fazura..eh..?...hehehhehe...

Selamat Hari Raya

Wweeehhoo.....

Sekejap jer kan Ramadhan dah nak melabuhkan tirainyer......Ari ni hari yang ke 28 Ramadhan....so memang raya mood......actually I'm taking 1/2 leave...my asben oso.....so nak gerak kampung dlm tengahari....tak sabar nak balik kampung neyh..

Selamat hari Raya...Maar Zahir Dan Batin


Friday 10 August 2012

Dialog Ayah dan Anak

Ayah : Ko start keje biler ? (merujuk kepada cuti berpantangku)
Anak: Minggu depan abah....2 minggu sebelum raya
Ayah : Hah.....yeke..kesian dekat Iman (anakku yang berumur 2 bulan)....
Ayah : Apa kata ko sambung jerk cuti tu sampai lepas raya.....
Anak : ??????

Moral of the story : Kalau company sendiri bolehlah nak sambung wahai ayahku huhuhu...Ikutkan memang malas nak keje pown....heheehehe

Dialog Husband and Wife

Wife : Pa ni asyik iftar kat hotel jerk....companylah.......contractor jemputlah....
Husband: Nak wat camana...orang dah jemput..
Wife : Yelah...jemputlah satu family ni tak.....sian kitorang (merujuk kpd anak)...bbuka sendiri
Husband : Tapikan sebelum Pa pegi Pa dah belikan makanan...
Wife : Tak sama...Pa takde....pa makan sedap2...kat hotel kitorang kat umah jerk....pastu balik lambat plk tu
Husband : Yelah.....takkan nak berbuka terus balik jerk....orang dah belanjer..
Wife : Kalau macam tu Mama pun nak makan ngan kawan Mamalah...pastu balik lewat....
Husband : Ok jerk...
Wife : Tapi Mama g soranglah....Pa jaga anak....
Husband : Eh macam tu ker???


Moral of the storry :  Adakah...??? Banyak canteekk kan....kalau dia pergi sorang jerk..kalau aku nak keluar mana2 without him.....aku kena hangkut beg-beg tangan aku neyh (anak-anaklah).....Huahuahua...tapi itulahkan bila dah jadi ibu......tak sanggup rasanya lepak keluar ngan kawan2 without bawa anak2..sian diorang...tapi para suami pulak....kalau boleh nak keluar sorang2 jerk....uih...tak patut....Heheeheeh

Thursday 9 August 2012

7 kebahagiaan yand didambakan...

Sempena bulan Ramadhan yang mulia in...renung-renungkanlah...Credit to my paktam blog...saidinhasnam.blogspot.com


Suatu hari ia ditanya oleh para Tabi'in (generasi selepas para Sahabat) mengenai apa yang dimaksudkan dengan kebahagiaan dunia. Ibnu Abbas menjawab bahawa ada 7 (tujuh) indikator kebahagiaan dunia, iaitu:


Pertama, Hati yang selalu bersyukur.
Ertinya selalu menerima apa yang telah Allah SWT berikan dengan ikhlas apapun bentuknya. Agar dapat selalu bersyukur, maka mestilah kita memahami ayat. "Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman." (QS. Al Mu'minun, 23: 1)


Mengapa beruntung?. Kerana setiap peristiwa apapun itu yang ditimpakan oleh Allah terhadap hambanya yang beriman adalah sebuah keberuntungan bagi dirinya. Apapun bentuknya. Tetapi kuncinya jika hambanya ikhlas. Ikhlas dalam erti memurnikan. Ilustrasinya jika dia diberikan kesenangan, orang yang beriman akan ikhlas dan bersyukur dengan memuji Allah, berdoa serta membahagikan rezeki, kesenangan atau nikmatnya kepada hamba-hamba yang lain.



"Dan terhadap nikmat Tuhanmu, maka hendaklah kamu sebarkan. (QS. Ad Dhuha, 93: 11) Kerana itu Allah pun akan menambah rezekinya bagi orang-orang yang pandai bersyukur. "Dan (ingatlah), tatkala Tuhanmu memaklumkan;" Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmatku), maka sesungguhnya azab KU sangatlah pedih. "(QS. Ibrahim, 14: 7) Dan jika Allah menimpakan musibah kepadanya, maka mereka bersimpuh, berdoa memohon kepadaNYA agar musibah tersebut menjadi penghapus dosa-dosanya, serta menjadikan mereka hamba-hamba yang selalu mengingati Allah.


Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim (sahih muslim no. 4673) dinyatakan bahawa: Rasulullah bersabda "janganlah kamu terlalu bersedih & tetaplah berbuat kebaikan kerana dalam setiap musibah yang menimpa seorang muslim terdapat penghapusan dosa bahkan bencana kecil yg menimpanya atau kerana sebuah duri yg menusuknya . "




Memiliki jiwa syukur bererti selalu menerima apa adanya (qona'ah), sehingga tidak ada cita-cita yang berlebihan, tidak ada stress, inilah nikmat bagi hati yang selalu bersyukur. berbahagialah orang yang pandai bersyukur!


Kedua, pasangan hidup yang soleh.
Pasangan hidup yang soleh akan menciptakan suasana rumah dan keluarga yang soleh pula. Di akhirat kelak seorang suami (sebagai imam keluarga) akan diminta pertanggungjawaban dalam mengajak isteri dan anaknya kepada kesholehan. Berbahagialah menjadi seorang isteri bila memiliki suami yang soleh, yang pasti akan bekerja keras untuk mengajak isteri dan anaknya menjadi muslim yang soleh.


sebaliknya pula seorang isteri yang solehah, akan mempunyai kesabaran dan keikhlasan yang luar biasa dalam melayani suami dan anak-anaknya. Pasangan hidup yang soleh. ia menciptakan suasana rumah teduh dan menurunkan keluarga yang soleh pula. indah dan mententeramkan. para penyelidik membuktikan, kesolehan (inner beauty) adalah 2/3 faktor penentu kebahagiaan hidup, sedangkan kecantikan atau ketampanan dan kekayaan hanyalah 1/3 darinya. Maka berbahagialah menjadi seorang suami / isteri yang mempunyai seorang suami / isteri yang solehah.


Ketiga, anak yang soleh.
Rasulullah saw bersabda: "Apabila seorang anak Adam mati, maka terputuslah semua amalnya kecuali dari tiga perkara: sedekah jariyah, ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang selalu mendoakannya." (HR. Muslim)

Apabila Rasulullah SAW tawaf. Rasulullah bertemu dengan seorang anak muda yang pundaknya lecet-lecet. Setelah selesai tawaf Rasul bertanya kepada anak muda itu: "Kenapa bahumu itu?" Jawab anak muda itu: "Ya Rasulullah, saya dari Yaman, saya mempunyai seorang ibu yang sudah uzur. Saya sangat mencintai dia dan saya tidak pernah melepaskan dia.


Saya melepaskan ibu saya hanya ketika buang hajat, ketika solat, atau ketika berehat, selain itu selebihnya saya selalu menggendongnya ". Lalu anak muda itu bertanya: "Ya Rasulullah, apakah aku sudah termasuk ke dalam orang yang sudah berbakti kepada orang tua?"


Nabi SAW sambil memeluk anak muda itu dan mengatakan: "Sungguh Allah redha kepadamu, kamu anak yang soleh, anak yang berbakti, tapi anakku ketahuilah, cinta orang tuamu tidak akan terbalaskan olehmu". Dari hadis tersebut kita mendapat gambaran bahawa amal ibadah kita ternyata tidak cukup untuk membalas cinta dan kebaikan orang tua kita, namun sekurang-kurangnya kita boleh bermula dengan menjadi anak yang soleh, di mana doa anak yang soleh kepada orang tuanya dijamin dikabulkan Allah. Berbahagialah kita bila mempunyai anak yang soleh.




Keempat, persekitaran yang kondusif untuk iman kita.
"Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah, dan hendaklah kamu bersama orang-orang yang benar (jujur)." (QS. At-Taubah, 9: 119)




Nabi SAW juga mengajarkan kepada kita agar bersahabat dengan orang yang dapat memberikan kebaikan dan sering menasihati kita. "Seseorang yang duduk (berteman) dengan orang soleh dan orang yang buruk adalah bagaikan berteman dengan pemilik minyak kasturi dan tukang besi. Jika engkau tidak dihadiahkan minyak misk olehnya, engkau boleh membeli darinya atau sekurang-kurangnya dapat harumnya. Adapun berteman dengan pandai besi, jika engkau tidak mendapati badan atau pakaian hangus terbakar, minimal engkau dapat baunya yang tidak enak. "(HR. Bukhari) 


Ibnul Qayyim mengisahkan, "Kami (murid-murid Ibnu Taimiyyah), jika kami ditimpa perasaan gundah gulana atau muncul dalam diri kami prasangka-prasangka buruk atau ketika kami merasakan sempit dalam menjalani hidup, kami akan mendatangi Ibnu Taimiyah untuk meminta nasihat.


Maka dengan hanya memandang wajah beliau dan mendengar nasihat beliau serta merta hilang semua kegundahan yang kami rasakan dan berganti dengan perasaan lapang, tegar, yakin dan tenang.  Itulah pentingnya bergaul dengan orang-orang soleh, dapat kembali membangkitkan semangat keimanan sehingga kita pun boleh menularkan nuansa kebaikan kepada lingkungan sekitar kita.


Kelima, harta yang halal.
Harta yang halal. yang terpenting dalam Islam high harta, bukan kuantiti harta. Ini tidak bererti Islam tidak menyuruh umatnya untuk kaya. Dalam riwayat Imam Muslim di dalam bab sadaqoh, Rasulullah SAW pernah bertemu dengan seorang sahabat yang berdoa mengangkat tangan. "Kamu berdoa sudah bagus", kata Nabi SAW, "Namun sayang makanan, minuman dan pakaian dan tempat tinggalnya didapati secara haram, bagaimana doanya dikabulkan".


Berbahagialah menjadi orang yang hartanya halal kerana doanya sangat mudah dikabulkan Allah. Harta yang halal juga akan menjauhkan syaitan dari hatinya, maka hatinya semakin bersih, suci dan kukuh, sehingga memberi ketenangan dalam hidupnya. Maka berbahagialah orang-orang yang selalu dengan teliti menjaga kehalalan hartanya.


Keenam, semangat untuk memahami agama.
Semangat memahami agama diwujudkan dalam semangat memahami ilmu-ilmu agama Islam. Semakin ia belajar, semakin cinta ia kepada agamanya, semakin tinggi cintanya kepada Allah dan rasul-Nya. Cinta inilah yang akan memberi cahaya bagi hatinya. Semangat memahami agama akan meng "hidup" kan hatinya, hati yang "hidup" adalah hati yang selalu dipenuhi cahaya nikmat Islam dan nikmat iman. Maka berbahagialah orang yang penuh semangat memahami ilmu agama Islam.


Ketujuh, umur yang barokah.
Umur yang baroqah itu ertinya umur yang semakin tua semakin soleh, yang setiap detiknya diisi dengan amal ibadah. Umur yang dalam kesehariannya selama 24 jam adalah menjadi nilai ibadah. Seseorang yang mengisi hidupnya untuk kebahagiaan dunia semata-mata, maka hari tuanya akan diisi pada bagaimana caranya menikmati sisa hidupnya, maka ia pun sibuk berangan-angan terhadap kenikmatan dunia yang belum ia sempat rasakan, hatinya kecewa bila ia tidak mampu menikmati kenikmatan yang diangankannya. Sedangkan orang yang mengisi umurnya dengan banyak mempersiapkan diri untuk akhirat (melalui amal ibadah) maka semakin tua semakin rindu ia untuk bertemu dengan Allah SWT. Inilah semangat "hidup" orang-orang yang baroqah umurnya, maka berbahagialah orang-orang yang umurnya barokah.

Friday 3 August 2012

Preparation...

Baju Asben - Dah beli kat Jackel minggu first puasa (Done!)
Baju Najma & Hasya - Dah hantar jahit kat my cousin kat kampung (Done!)
Tudung Najma & Hasya - Dah beli ari tu kat Jln TAR (Done!)
Baju Mak - Dah beli. Suruh mak jahit sendiri (Done!)
Tudung aku - Dah beli online (Done!)

But...baju aku je yg dihantar kt tailor 4 bulan lepas tak siap-siap lagi....Nak jahit manik takut tak sempat..
Uwwwaaaa...Tkpe...ini dugaan.....huhuhuhu

Tuesday 31 July 2012

Hati ini telah dilukai....

Hati ini terluka lagi....Kali ini lebih parah....Duhai hati...bertabahlah...

Memetik kata2 my BFF....

Perasaan sayang manusia itu milik Allah...Jika kau inginkan manusia itu menyayangimu kembali...mintalah pada Allah......Oleh itu hubunganmu dengan Allah hendaklah kau perbaiki........

Thanks my BFF kata2mu itu penguat semangatku.....

Belajarlah BERSYUKUR meskipun KEKURANGAN
Belajarlah IKHLAS meskipun TIDAK RELA
Belajarlah TAAT meskipun BERAT
Belajarlah MEMAHAMI meskipun TIDAK SEHATI


Semoga Allah berikan PELANGI di setiap HUJAN...
SENYUMAN di setiap TANGISAN
RAHMAT untuk setiap CUBAAN
dan MEMAKBULKAN DOA di setiap PERMINTAAN

Berjalanlah dengan penuh harapan
Walau hidup ini tidak selalu bahagia
Sedekahkanlah satu senyuman
Walau dihatimu tidak lagi mampu bertahan
Belajarlah memaafkan
Walau dirimu terluka
Berhentilah memberi alasan
Walau ingin menyatakan kebenaran
Hiduplah dengan iman
Walau hari dipenuhi dugaan...

Ya Allah..kuatkanlah semangatku untuk menempuh dugaanmu..kerana dugaanmu ini terlalu kecil jika dibandingkan dengan dosa-dosaku kepadaMu Ya Allah...Ampunilah aku.....

Wednesday 25 July 2012

Aksi si Kecik Iman....

Iman....Model the making...

Iman..1st day
Berbungkus ngan napkin huahua...
Nk bersalin kulit
Senyumlah pullookk...
Muka manja...
Nganga...
Muka pelik.....

Majlis Cukur Jambul & Marhaban Raisha Iman

01st July ari tu buat Majlis Cukur Jambul & Marhaban untuk my baby.......ikutkan nak buat kecik je.....tapi dh buat tu kira besarlah juga...ada dua session...one session pagi utk orang lelaki...which my abah conduct......utk majlis cukur cambul....bila aku sebut pagi...mmg pagi tau.......kol 7.30 diorang dah datang...ala2 sarapan berat gitu........then kol 10 utk female plk...my mak yang conduct...mak panggil geng Marhaban dia...and orang2 kampung (perempuan)...utk majlis tu.........Utk session 1 makan berhidang and utk session 2 layan diri....utk sedare2......bole masuk session 2 sekali...ater...sedara2 takdelah dtg pepagi kan.....

Raisha Iman ku siapkan seawal 6 pagi dah mandi...utk session 1 naseb bek dia tidur time tu...takdelah dia mengamuk kan...Utk session 2 my Maktam yang bawak dia keliling tu.....pown tak mengamuk lagi....naseb bek.......hehehheehe..

Majlis berlangsung dgn jayanya.......lupalak.....utk layan diri tu...my cousin yang byk tolong siapkan meja...Thanks to Kak Ambon, Ani, Chu'a, Fatin, Farihin and also tak lupa my asben (eh..dia kan dah terror apa dalam bab2 ni..hehhehe...kat umah kalu buat makan2 ni dia dah tau apa tugas dia heheheehee)..

Majlis selesai petang....memang nak balik petang tu tapi penatnyer tak ilang lagi..kesian kat my asben so kitorang bertolak malam dah pukul 10.....bawak baby lagi tapi tawakkal jelah and alhamdulillah semuanya okeh...

Kepada sesiapa yang menjayakan khenduri tu .....terima kasih bebanyak...Thanks to Acu, Mjang, Kak Ambon, Acu Penang, Maktam, Maktam 2, Makteh , Kak Eton, Kak Idah, Kak Gayah dan ramay lagi yang banyak tolong2 tuh....also my Pakcik dari KL datang sampai petang kat kampung......

Layan gamba...

Goddies for guests
Majlis Cukur Jambul Session 1
Majlis Marhaban Session 2
Ngan Ani, Farihin & My Maktam
Iman rimas pakai gaun hehehhee..
Tetamu menjamu selera
Me..nak jugak menempek hehehee..

I'm back...

Mak aaii...ari ni dah 25hb July..means dah 25 ari ku tak update blog....sorry kengkawan...bz manjang...aternyer lepas khenduri ari tu dah balik KL...so layan pantang sorang diri...tu yang bz tu.......aper taknyer....masak sendiri....bertungku sendiri..........lagipun kat Kl layan pc so my pc memang lembab sanggaattt.....tu yang malas tu...

Tapi nnti akan ku cuba utk mengupdate mana yang tertinggal ek....

Thursday 28 June 2012

Oh manusia...

Betullah...manusia tak pernah bersyukur dengan apa yang ada......

Waktu skola..soalan yang sering di tanya.......SPM dapat bape?
Dah abes skola.....soalan yang sering di tanya......Dapat belajar (U) kat mana?
Dah abes U....soalan yang sering di tanya......Dah dapt keje ke/Ko dapat keje mana?
Dah keje...soalan yang sering di tanya.....Bila ko nak kawen?
Dah kawen...soalan yang sering di tanya.....Bila ko nak dapat anak?
Dah dapat anak pun...kalau pompuan semua...soalan yang sering di tanya......Bila nak dapat anak lelaki?

Arrgghhhh tension.....kengkadang memang malas nak amek port tapi kalau dah selalu bertanya terasa jugak......tapi aku percaya pada rezeki Allah.......dia yang berhak....aku bersyukur...sorrylah kengkawan...waktu2 pantang neyh...mood agak sensitif sket..............Aku okey lagik...tapi asben?...sedikit sebanyak mbe dia terasa jgk bila diejek kengkawan.....aada jugak kengkawan mengusik kena tambah cawanganlah......memang sekarang ni ok lagik...tapi esok lusa?...........Dah nama pun lelaki..iman tebal pun kalau dia nak kawen..kawen jugak....inikan pula iman setebal kulit bawang............(eh..aku membebel pulek kannn....)

Begitulah manusia........

Wednesday 27 June 2012

I need my self confident back!

Ha......jangan tak tau......lepas delivered aku lom timbang berat badan uuuwwwaaaa.......takut......bukan apa kat umah mak kat kampung neyh takde penimbang (ayat nak menyedapkan ati...).....try pakai cincin yang aku tanggal waktu nak masuk labour room tu....masih boleh dipakai....(ukur berat badan dgn jari yang masih boleh pakai cincin kawen aci dopp?)

Waktu confinement nilah pown kita rasa rendah diri.......dengan berat badan...ngan potongan badan....segala2nya....rasa rendah diri sangat tambahan plk laki dok jauh kat kl kita pulak dok kpg..naseb bek ada spy si Hasya duduk ngan bapak ee tak dapatlah bapak ee lepak tgk bola ngan kengkawan........

So I need my self confident back...August dah start keje....I need stylist pleaseeeeeee....!

She's 21 days now....

My little angle.....

Raisha Iman

Monday 25 June 2012

Minggu yang bizi....

Minggu yang bizi.....tapi aku tak bizi...ha...camana tu???? Yelah.....semua owang bizi nak buat persiapan untuk majlis cukur jambul Raisha Iman....sibuk  nak discuss menu, nak beli goddies...mak abah  sibuk uruskan bab2 makanan..yang lain semua baru kitorang yang handle....mak dah call kawan Marhaban dia....tetamu pun dah dijemput......aku jugak tak boleh nak active maklumlah dalam pantang lagi.....kalau ikutkan nak jerk aku g Parit Buntar tu nak survey goddies dan sebagainya...tapi tak boley huhuhu so tengokkan jerk...

Minggu tadi my asben balik kampung....dah siapkan nota apa yang dia perlu buat.....tapi macam tak percaya jerk kat dia huhuhu..nak suruh amek baju dari tailor.....suruh amek tudung kat dalam kotak..(kompem dia tak dapat cari tudung tuh) ,nak suruh dia packing baju melayu dia warna pink n baju anak2 warna pink (ish tak percaya aku..kompem tak jumpa)..nak suruh dia survey goddies dan macam2 lagik......terpaksa percayakan dia sebab aku tak boleh nak klua bagai kan...huhuhu

So nanti cerita majlis cukur jambul akan di update later....tunggu.....

Thursday 21 June 2012

Time arrangement....

Ha.....my baby ...dah 15 days...alhamdulillah...semuanya under control......tp sekarang ni kalau nak buat apa2 pun kena set time.....time dia tidurlah baru boleh nak buat itu ini....kalau tak......tak jadi kejelah...I have to sebab aku takde maid...so memang kena manage sendiri.....

Malam pun sama...dulu lena diulit intan ko...sekarang ni dah tak boleh...my baby nak menyusu....kol 10.30, 1.30, 3.30, 5.30 bangun nak susu.....uihs bukan mengeluh tapi ater dah lamerkan 8 years past hehehe sekarang ni kena buat balik.....dulu umur muda lagik...skang dah tua sket so kenalah amek extra vitamin huhuhuhu...tapi bila kita tgk muka baby...hilang penat segala.....Masyaallah..kuasa Allah kan.....

Saturday 16 June 2012

Menu Berpantang.....

Ha......inilah menu aku huhuhu...ecteli mak yang masakkan...terima kasih mak......aku berpantang di kampung memandangkan aku nak mengurut sekali di kampung......nak cari kat KL bukannya senang kan...so kat kampung mak yang uruskan segalanya....

Sekali lagi...Terima Kasih Mak...Love u...


Lempeng...mak yang buat

Sup Haruan & Ikan Haruan masin plus teh herba tanamera
Sup Haruan & Kerabu Pegaga...mak yang buat

Friday 15 June 2012

Hati seorang ibu...

Tak sampai seminggu aku ditinggalkan kat kampung neyh....rindu sangat kat anak aku si Hasya and Najma kat KL.....Najma oklah lagik sebab dia duduk hostel so dah biasa kena tinggal ......tapi si kecik tu.....selalu lepas balik keje amek dia....dia sibuk lapar walaupun dah makan kat umah Kak Idah @ my baby sitter..then bawak dia dinner...tanya dia ada homework ke tak........then tido......selalu suruh dia tolong sama2 sidaikan baju....amek kan air...amek itu...amek ini.....sekarang ni dia kat KL aku kat kampung....jiwa terasa kosong....kosong.....bak kata si Najwa Latif....huuuuhuhuuhu aku rindu kat anak aku...

Dulu waktu beranakkan si Hasya , Najma was in Kindergarden so bolehlah tukarkan sekolahnya kat kampung for two months....tapi ni si Hasya dah darjah 2 takkan pulak aku nak tukarkan....byk plk procedurenyer huhuhuhu........

Sekarang ni nak bercakap dengan dia pun tak boleh....mesti nangis...aari tu si Najma call pun aku tak dpt nak bercakap.........rasa sedih sangat.......beginilah hati seorang ibu..........huhuhuhuhuu rasa ingin dekat je ngan anak2.....walaupun didepan diorang kita suka membebel...lebih bising dari ayah tapi sebenarnya kita sayangkan anak2.......dah jauh macam ni mulalah rindu sangat2......

Najma & Hasya...mama rindu korang........love u....

Wednesday 13 June 2012

Syukur...It's a girl

Kengkawan.....terima kasih kerana mendoakan......aku telah selamat delivered baby girl on 07th June 2012 at 6.46pm....

Ni dia kronologinya...

8.00 am - My asben cakap dia ada inspection kat opis dia today so he's very the bizi......but if anything can call him becoz first priority is me....

9.00 - 1.00 pm - ada rasa senggugut sket tapi layankan aje......buka fb, tgk tv and macam2 lagi siap tanya my cousin dia kat mana incase kalau emergency..

2.00 pm - senggugut makin kerap actually tp im not yet tell my mom....tp dah sms my lovely asben saying after inspecton (he said at 2pm) suruh dia balik terus

3.00 pm - My asben called, he said not yet do the inspection and ask me how is my condition.....masa ni rasa macam sakit tu dah kerap tapi sakit tu taklah lama.....

4.00 pm - makin kerap konstraksi......dah sms my asben suruh balik.....cakap ngan my mom dah sakit and my mom asked me ada tanda2 tak like darah or air yang keluar....tp tanda takde sakit je ader...

5.00 pm - Baru my asben balik....my mom dah urut2 belakang sementara menunggu dia balik tuh...Kak Idah and Abang Din and Abam pun ada datang umah.....then Abam pown teman kan g spital Ampang.....(yang tak tahan tu sempat lagi berFb cakap nak g spital....my fwen Zamri siap bagi doa bersalin lagi...Thanks)

5.15 - 6.46 pm - masuk bilik penilaian.....Doc pelatih yang arrange....bukaan dah 4cm..so diorang decide nak letak dalam wad dulu....so my asben dah register utk masuk wad......ada 3 orang menunggu utk masuk wad...tp yang dua owang tu rilex jerk.....aku plk rasa macam dah tak boleh tahan......then my asben cakap kat kaunter bini dia neyh mcm dh nak deliver...so masuk bilik penilaian semula then datang doc check balik bukaan....Ya Allah....dah abuka 7cm so kelam kabut diorang surung dgn katil tu sekali...ke labour room....then kat situ bukaan dah 9cm so can teran anytime...Alhamdulillah...tepat jam 6.46pm.....aku delivered baby girl yang comel....Syukur Amin.....

So sekarang neyh kat kampung tgh berpantang........esok baru berurut.....nanti ku sambung balik ek.....

So layan Baby Raisha Iman pic....

Thursday 31 May 2012

Dinner wif Pakcik & Family...

Ari Isnin ari tu my asben suruh aku kol my Pakcik ajak dinner skali...So set time and jumpa kat tengah2lah...Dia Gombak and aku Ampang...so decide to makan at Kampung Baru........

Ecteli my asben memang saje nak belanjer my pakcik.......Pakcik tanya...nape?..dapat bonus ker?..Ish...takkan dapat bonus baru teringat nak belanjer kan...hehehehhehe......sesaje jerk...so kita pekena Thai Food jer kat Laman Aiman...tapi sowi......gambar makanan takde..lapo..ehehehhee dah makan baru teringat nak amek gambar...Layan....

nak menunggu makanan...
Me & Family + pakcik & Family
Dah abes da....